Anda sudah lama tak bersukan, tiba-tiba kawan anda ajak “Jom futsal jom malam ni bro”. Anda ikut sekali tetapi sebelum masuk ke padang anda segan nak buat warm up sebab kawan-kawan lain semua lepas sedut rokok sebatang langsung terus berlari ke padang tanpa warm up. Tak sampai 5 minit anda dah rasa cramp di perut dan paha anda. Dan anda rasa badan ’pancit’ awal dan semput. Pernahkah situasi ini berlaku kepada anda?
Situasi-situasi di atas boleh di cegah dengan anda melakukan regangan dan warm up yang betul. Sebelum kita teruskan cara warm up yang betul, kita mestilah memahami terdahulu kenapa pentingnya kita perlu warm up, barulah kita akan sentiasa ingat untuk WAJIB melakukanya walaupun kita segan kawan kita tidak turut serta. Anda kena ingat selalu mana satu anda lebih malu dan segan; Adakah sebab semput awal? Atau malu sebab senaman-senaman regangan yang semestinya bermanfaat untuk anda?
Warm up atau memanaskan dan meregangkan badan adalah perkara sangat penting sebelum bersukan. Warm up akan mempersiap-sediakan jantung, paru-paru dan otot anda untuk aktiviti yang memerlukan lebih tenaga dan berintensiti tinggi. Apabila jantung dan paru-paru anda terangsang dan bersedia untuk aktiviti bersukan, akan berlaku pertambahan oksigen dalam darah anda yang mengalir ke bahagian otot dan hormon-hormon penting juga akan dirembeskan untuk memastikan otot anda tidak ‘cramp’. Anda akan terasa lebih focus dan bersedia.
Jadi kita sudah memahami apakah itu warm up, anda mesti tertanya-tanya mengapa WAJIB kita lakukannya kan? Mari fahami lebih lanjut supaya anda boleh berceramah pula kepada rakan anda yang selalu semput awal itu. Ikuti 10 Kepentingan warm up secara lebih lanjut seperti berikut:
Aktiviti bersukan secara umumnya akan meningkatkan penggunaan tenaga. Jantung anda diibaratkan seperti pam air dan salur darah pula adalah saluran paip. Apabila anda warm up, apa yang berlaku adalah pertambahan penggunaan tenaga memerlukan jantung anda bekerja lebih untuk menyalurkan tenaga dalam bentuk oksigen dan tenaga ke seluruh tubuh badan. Disebabkan oksigen dan tenaga digunakan lebih banyak dan cepat, salur darah akan mengembang supaya darah dapat berjalan lebih banyak dan peningkatan denyutan jantung akan mempercepatkan oksigen dan tenaga sampai ke seluruh tubuh badan. Jadi badan anda sudah bersedia untuk aktiviti bersukan.
Darah merah kita atau dipanggil haemoglobin membawa oksigen dengan melekatkan oksigen kepadanya. Apabila anda membuat aktiviti warm up dengan lebih berintensiti, suhu darah anda akan meningkat. Kebaikan dari peningkatan suhu ini adalah darah merah akan lebih mudah memisahkan oksigen yang dibawanya. Jadi oksigen akan lebih efisen sampai ke seluruh badan membolehkan prestasi anda bertahan lama.
Ketika warm up berlaku, badan akan merembeskan pelbagai jenis hormon termasuklah hormon cortisol dan epinephrine, kedua hormon ini bertanggungjawab mengawal selia penghasilan tenaga. Hormon-hormon ini akan membolehkan lebih banyak karbohidrat dan asid lelemak digunakan sebagai tenaga.
Otot yang telah ditingkatkan ke suhu optimum akan lebih mudah untuk melakukan kotraksi dan lentur dengan lebih mudah dan tenang. Secara tak langsung, mengurangkan kecederaan otot, serta meningkatkan kelajuan dan kekuatan otot.
Disebabkan otot anda menjadi lebih lentur, otot yang menyambungkan sendi-sendi anda akan menyebabkan anda dapat membuat pergerakan maximum yang menyeluruh dan lentur
Ketika anda warm up, anda dapat mempersiapkan minda untuk mempunyai focus dan mengatur strategi-strategi sukan anda. Minda yang bersedia akan mempunyai daya tumpuan yang lebih tajam.
Disebabkan suhu badan sudah meningkat dimana otot anda sudah bersedia dan cukup penerimaan tenaga dan oksigen, risiko otot kejang ketika bersukan dapat di elakkan. Juga sila pastikan tahap hidrasi anda optimum kerana kekurangan air juga antara penyebab kekejangan otot.
Dengan warm up yang telah mempersiapkan otot dan merembeskan hormon-hormon penting seperti endorphin, serotonin, dopamine dan andrenalin, minda anda akan lebih bersedia dan koordinasi badan anda akan bertambah baik. Badan anda akan lebih pantas dalam memberi tindak balas terhadap sebarang reaksi luar.
Apabila otot anda digunakan secara aktif, suhu badan akan meningkat, tetapi apabila suhu meningkat terlalu tinggi prestasi badan pula akan menurun, mekanisma perpeluhan adalah penting untuk di aktifkan bagi menyejukkan semula otot agar prestasi badan sentiasa optimum.
Aktivit sukan anda memerlukan anda berlari? Warm up akan meningkatkan prestasi larian anda. Suhu badan dah meningkat secara optimum sambil diregulasi oleh sistem perpeluhan. Jadi anda dapat berlari lebih laju dan juga dapat berlari lebih lama.